Try Click Hire

Monday, June 20, 2011

Salmon


:: SALAMON ::


Ramai mengetahui salmon yang hidup di lautan Atlantik dan Pasifik memiliki omega-3 dan protein yang sangat tinggi berbanding daging ikan lain.
Rasanya yang manis dan berlemak ini sesuai untuk semua peringkat usia terutama kanak-kanak kerana kandungan omega dan DHA yang penting untuk pertumbuhan otak mereka.
Oleh kerana ikan ini agak sensitive, cara masaknya perlu menggunakan teknik tertentu bagi mengekalkan nutrisinya.
Salmon yang dimasak terlalu lama akan menyebabkan zat pentingnya hilang. Sebaiknya, salmon dipanggang di atas api yang kuat dalam masa dua hingga tiga minit saja pada kedua-dua bahagian iaitu atas dan bawah.
Sekiranya digoreng, mulakan pada bahagian kulit dulu bagi memastikan salmon dalam keadaan cantik. Selain itu tingkat kematangan ikan harus sempurna agar rasanya enak.
Perhatikan apabila air ikan sudah keluar daripada isinya, ia harus segera diangkat. Bagi memastikan  ikan dipilih segar lihat isinya yang pejal, kaku dan berkilat. Apabila ditekan isinya akan cepat kembali kepada bentuk asal.
Teknik membersihkan salmon juga berbeza bebanding ikan lain. Cara terbaik membersihkan salmon hanya menggunakan air yang mengalir. Apabila ikan itu sudah bersih, keringkan dulu sebelum dipotong mengikut ukuran separuh tapak tangan. Ini bagi mengelak isinya hancur apabila digoreng atau dipanggang.
Untuk mengetahui sama ada isi ikan benar-benar masak atau sebaliknya, perhatikan perubahan warna isinya. Daging salmon mentah biasanya berwarna merah muda cerah sedangkan yang sudah masak warnanya menjadi lebih merah.
Jadi, agar salmon kekal cantik dan enak elakkan memasak salmon terlalu lama kerana itulah rahsia kelazatan masakkan salmon.

No comments:

you can try ::

For you :: Clik hire