Try Click Hire

Wednesday, October 5, 2011

TARIKKAN KELANTAN


Negeri Cik Siti Wan Kembang memiliki keindahan semula jadi selain dikenali sebagai syurga beli-belah
PASAR SITI KHADIJAH

Bercuti di negeri Kelantan sangat menyeronokan terutama jika anda ‘kaki beli-belah’.
Selain itu keunukan negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga sangat menakjubkan – anda berasa benar-benar berada di sebuah negara lain.
PEKAN RANTAU PANJANG
Pusat tumpuan ramai yang berkunjung ke Kelantan semestinya Rantau Panjang.
Tak sah kalau melawat Kelantan tapi tidak singgah di sini.
Pekan bersempadan Malaysia dan Thailand itu berada 39 kilometer dari barat daya Kota Bahru iaitu kira-kira 25 kilometer dari Pasir Mas. Ia merupakan syurga beli-belah kerana kepelbagaian barangan yang terdapat di sini di samping harganya yang sangat berpatutan.
Pekan Rantau Panjang terletak di utara Kelantan iaitu di bahagian barat jajahan Pasir Mas. Tiada masalah bagi mereka hendak ke Rantau Panjang dari Kota Bahru kerana banyak pengangkutan disediakan.
Rantau Panjang telah diisytiharkan sebagai zon bebas cukai pada tahun 2002 dan kerap dikunjungi pelancong sepanjang tahun. Rantau Panjang juga merupakan pintu masuk ke selatan Thailand.
Tumpuan utama disini pastinya ialah membeli keperluan keluarga. Ada peralatan dapur, kain ela, aneka tudung, pakaian dewasa dan kanak-kanak, aksesori, tas tangan, kerepek, buah-buahan dan bermacam lagi.
Barangan kering atau basah pendek kata boleh didapati dengan harga yang berpatutan.
Boleh dikatakan barangan disini lebih murah jika dibandingkan harga ditempat lain. Barangan jualan pula tampak kelainannya kerana kebanyakkan produk di sini dipengaruhi dua budaya – Kelantan dan Siam.
Bagi peminat baju kurung dan tudung boleh menempah sulaman  batu manik sebagai penambah seri pakaian.
Pelbagai corak boleh dipilih tetapi pengujung boleh juga memilih pelbagai pakaian dan tudung yang dah siap dijahit.
Terdapat pelbagai kedai yang boleh ditinjau seperti Pasar Basar Rantau Panjang, Pusat Pekedaian Baru dan Lomplek Bazar Abdul Rahman Auf. Sekiranya anda mengidamkan makanan ringan seperti serunding, dodol, keropok,kerepek, sos botol buah-buahan dan sebagainya bolehlah singgah ke Pasar Besar Rantau Panjang.
Gerai makanan pula menjual makanan tempatan seperti mihun atau me sup hidangan cara Siam. Malah sajian Thailand juga boleh didapati di sini seperti somtham, pulut mangga dan pulut ayam.
Pusat Perkedaian baru pula menempatkan kedai komersial termasuk menjual barangan cenderahati. Pelbagai bank boleh di dapati di sini, memudahkan pengunjung yang mungkin perlu mengeluarkan wang yang lebih.
Di sini juga banyak jualan barangan dari Thailand.
Berhampiran pasar raya Mydin pula terletak bagunan Bazar Abdul Rahman Auf yang dipenuhi dengan butik pakaian, kasut, kedai hasil kraf tangan, kedai flora dan keperluan perkahwinan.
Seandainya tidak puas berkunjung sehari, pengujung boleh memilih untuk bermalam di hotel berdekatan Rantau Panjang.
Anda boleh memilih beberapa pusat penginapan seperti Zainun Palace, Ani Hotel, Yamy Inn atau Nur Inn.
Memang ada rombongan yang datang semata-mata mahu beli-belah di Rantau Panjang, malah mereka bukan pengunjung kali pertama.
Antara monumen menarik di sekitar Rantau Panjang tentunya ialah Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra yang seni binanya bercirikan masjid di Beijing.
Masjid ini terletak dua kilometer dari pekan Rantau Panjang – antara lebuh raya Pasir Mas dan Rantau Panjang. Masjid yang dirasmikan pada Ogos 2009 ini juga mampu memuatkan seramai 1,000 jemaah.

you can try ::

For you :: Clik hire