Try Click Hire

Thursday, May 19, 2011

Kebahagiaan Adalah Anugerah Tuhan

    

Bukanlah sesuatu yang aneh jika ada beberapa orang yang dengan santainya boleh duduk dan tidur diatas bebatuan yang keras. Mereka adalah para buruh yang berpenghasilan hanya cukup untuk hidup sehari semalam.  Meskipun demikian, mereka tetap boleh tersenyum dalam menghadapi hidup ini. Dada mereka lapang; tubuh mereka kuat; dan hati mereka tenang. Perkara itu tidak lain kerana mereka mengetahui bahawa hidup adalah hari ini dan mereka tidak terlalu memikirkan masa lalu dan masa depan. Mereka hanya menyibukkan diri dengan pekerjaan mereka.

Ada sebuah syair yang berbunyi:

Aku tak perduli jika nafsuku selalu menurutiku
Untuk meraih keselamatan
Aku juga tak perduli dengan mereka
Yang masih hidup mahupun  yang sudah mati

Bandingkanlah mereka dengan orang yang tinggal di istana dan rumah mewah. Mereka selalu diliputi kegelisahan, kekhuatiran dan kebimbangan, akhirnya mereka diumbang-ambingkan oleh berbagai keinginan.

Terdapat sebuah syair:

Allah telah melaknat dunia ini
Sebagai tempat peristirehatan sementara
Bagi semua orang
Maka setiap orang
Yang selalu merasa tidak pernah puas di dalamnya
Dirinya akan terus terseksa


Wednesday, May 18, 2011

Asam Pedas




Hai… sejahtera semua..
Hari ini tiada apa yang menarik untuk dikongsikan, Cuma nak cerita pasal asam pedas yang aku masak sendiri setelah memancingnya pun sendiri.
Yang sebenarnya aku bukanlah seorang kaki pancing, Cuma sekadar suka ikut-ikut kawan sahaja, memang menyeronokkan bila dapat meluangkan masa bersama dengan kawan-kawan, nak pula yang memang kaki pancing, part yang paling best nya ialah bila umpan mengena, kita dapat mencabar ikan tersebut, itulah tujuan sebenarnya para kaki pancing.
Ok lah…cerita sebenarnya bukanlah pasal pancing, tetapi pasal asam pedas yang aku masak petang tadi. Asam pedas aku  ni sebenarnya bukan lah no.1, tapi kalua dah tangan yang gatal sangat nak menulis, aku tulis jelah kat sini. Mula-mula nak cerita pasal bahan-bahannya dulu:

BAHAN-BAHANNYA:-
·          2 kg         Ikan sembilang   (dipotong ikut suka)
·          ½ kg        Cili kering    (dikisar)
·          1 labu      Bawang putih          }
·          2 biji        Bawang besar          }
·          1 inci       Kunyit                    }  (dikisar)
·          1 ½ inci   Halia                        }
·          ½ inci      Lengkuas                 }
·          sedikit     Belacan                    }
·          1 btg        Serai        (dititik)
·          20 sen      Daun kesum
·          2 btg        Bunga kantan
·          1 cawan   Asam jawa
·          Gula                        }
·          Garam                     } (secukup rasa)
·          Serebut perasa         }
·          Minyak
·          1 liter       Air  (agak-agak)

   

Asam pedas adalah satu masakan yang mudah dimasak dan sedap dimakan. Ok, sekarang aku nak cerita cara membuatnya pula:-

1.        Cuci dan rendam ikan yang telah dipotong tadi dengan sedikit air asam. (bergantung pada ikan tersebut)
2.        Tumiskan barang yang telah dikisar kecuali cili kering, tumis sehingga naik baunya, kemudian baru masukkan cili kering yang telah dikisar dan kacau sehingga garing, (sehingga warna kemerah-merahan).
3.        Masukkan air dan biarkan ia mendidih seketika
4.        Kemudian setelah air mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan, serai dan biarkan seketika.
5.        Akhir sekali masukkan air asam jawa, gula, garam dan serbuk perisa. Dan setelah rasanya sudah cukup barulah kita masukkan ikan yang telah dicuci dan ditoskan tadi, kemudian kecilkan api dan biarkan isi ikan tersebut masak sebelum dihidang.



Kepada siapa yang suka pada sayur asin, boleh juga masukkannya sedikit, tapi ingat, bila kita nak masukkan sayur asin, asam jawa mesti nak dikurangkan sedikit,(takut terlebih masam).
Asam pedas ni lebih sedap jika dimasak menggunakan ikan yang jenis berisi lembut, selamat mencuba.
Itulah bahan-bahan yang selalu aku gunakan.

Kepada siapa yang melihat kekurangan pada resepi ini tolong lah komen.


Sunday, May 15, 2011

Keranji Fruit

       "Sorong Papan Tarik Papan,
Buah Keranji Dalam Perahu,
        Suruh Makan Dia Makan,
Suruh Mengaji Dia Buat Tak Tahu."

             









          I think all of us know this poem, from childhood we are taught to function in this poem,but do not be surprised, many of us who do not know the appearance of the fruit keranji. At one point I laughed when one of my friends asked, "What is this fruit?" I tried to ask a few friends who have all the time, but all of them shook his head, this is the right make me shook his head.

      This is the fruit keranji we always rehearse, fat taste sweet, sour, contents thin,reddish-orange in color, inside there is a very hard seedit is widely available in the market next to the east coast (Kelantan).

      This is basically a fruit that grows wild forest on the slopes of the hill and not a seasonal fruit. Keranji has two types of fruit, the second type is slightly larger andslightly less hairy and less sour than this small.

      To anyone who wants to try the taste of this fruit keranji please come to Kelantanstate. And in Kelantan as well as many other foods and fruits are all that you've neverseen this before and think.  


Please comment if who knows about this fruit...Please!!!

Friday, May 13, 2011

Susu Kambing

KHASIAT SUSU KAMBING 

 Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada satupun makanan yang bisa menggantikan makanan dan minuman melebihi susu”
Hadits di atas diriwayatkan oleh Ahmad 3/302
dengan sanad yang sahih.

Sebenarnya tak banyak pengetahuan aku berkenaan susu, tetapi aku sedikit terpanggil untuk menceritakan tentang susu kambing yang mana aku mencarinya melalui laman web dan majalah-majalah yang ada sekeliling aku sahaja. Ini setelah aku minumnya dan merasakan sendiri khasiatnya,(perubahan pada badan).

Susu kambing tidak seperti susu lembu yang perlu ditapis, diproses dan dimasak sebelum boleh diminum.

Butiran lemak susu kambing ialah lebih halus iaitu 1- 10 milimikron, ini salah satu sebab ia mudah di cerna oleh tubuh badan manusia, dan juga memiliki karoten yang lebih putih dari susu lembu.

Susu kambing juga berkhasiat sebagai terapi kepada penyakit TBC, juga mampu mengawal kolestrol dalam darah, kesihatan kulit wajah (awek muda), memulihkan kondisi orang yang baru sembuh daripada sakit, kandungan gizi nya juga boleh meningkatkan pertumbuhan bayi, pertumbuhan tulang dan gigi, pertumbuhan sel darah merah dan jaringan tubuh badan. Ia juga dikatakan baik untuk mengembalikan zat besi setelah haid (bagi kaum hawa), juga baik untuk yang menderita kekurangan darah (anemia), kehamilan serta pendarahan setelah melahirkan anak.
Kandungan mineralnya juga beoleh melambatkan proses osteoporosis (proses pereputan tulang).
Susu kambing juga di perecayai dapat membantu dan boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer. Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil.

Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah khasiatnaya.

Susu kambing kaya dengan protin, enzim dan vitamin A, mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu.

 Ia juga di katakana Sesuai diminum diwaktu pagi sebelum sarapan dan diwaktu malam sebelum tidur.

 Anjuran Berkumur-kumur setelah minum
susu atau semisalnya, Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya Rasulullah s.a.w.  setelah minum susu berkumur-kumur. Beliau lantas bersabda,
“Sesungguhnya susu itu mengandung lemak” (HR Bukhari dan Muslim).

Ibnu Hajar dalam Fathul Bari mengatakan, “Dalam hadits ini terdapat penjelasan tentang illah dari
anjuran berkumur-kumur setelah minum susu yaitu
mengandung lemak. Sehingga dianjurkan untuk
berkumur-kumur setelah mengonsumsi segala
sesuatu yang mengandung lemak”.

KHASIAT SUSU KAMBING:
·                     Susu kambing kaya dengan protin, calsium tinggi, enzim dan vitamin A, asid lemak
·                     Ia juga adalah susu terbaik selepas susu ibu.
·                     Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah.
·                     Lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu
·                     Membantu merawat mengubati demam kuning
·                     Penyakit kulit
·                     Gastrik
·                     Lelah (asma)
·                     Insomnia dan ulcer
·                     Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil

Di pasaran sekarang sudah terdapat pelbagai jenis susu kambing, dan bermacam-macam perisa, contohnya kopi susu kambing, tetapi sesuatu mesti di ingati ialah susu kambing tersubut tidak sesuai dibancuh dengan air yang mengandungi klorin, ia mestilah menggunakan air sulin kerana klorin boleh merosakkan khasiat susu kambing tersebut.

Dan barang siapa yang telah Allah berikan
kepadanya minuman berupa susu hendaknya
berdoa setelah minum susu
 Allahumma barik lana
fihi wa zidna minhu
 yang artinya Ya Allah berilah
keberkatan kepada kami dalam susu ini dan berilah
kami tambahan susu.

Ini mungkin sedikit daripada pengetahuan yang saya ada, jika anda terbaca dan ada yang terkurang silalah tolong beri koment supaya saya dapat memperbetulkanya untuk kebaikan kita semua..insysallah.

Tuesday, May 10, 2011

Petua Mendapatkan Ilmu

Petua  Mendapat Ilmu Yang Banyak Dan Berkat


  • Perkara paling asas yang perlu kita miliki sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas. Niat tersebut perlulah:
1.        Ilmu dituntut kerana Allah s.w.t. bukan kerana duniawi.
2.        Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil.
3.        Niatkan untuk menyebakan ilmu yang ada itu dan memanfaatkannya dengan membantu masyarakat.
  • Jauhi maksiat yang menggelapkan hati.
  • Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada, Ilmu tidak terhaddi dalam kelas dan perpustakaan malah boleh ditimba di rumah, pejabat, masjid, seminar da sebagainya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Hikmah (ilmu) itu umpama barang orang Mukmin yang hilang, dimana sahaja kamu jumpainya, ambillah ia.” (Riwayat al-Tirmizi)
  • Ibn Abbas ditanya: “Bagaimana kamu perolehi ilmu yang banyak?” Maka beliau menjawab: “Dengan banyak bertanya.” Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.
  • Sekiranya seseorang terpaksa bekerja semasa menuntut ilmu, ia tidak menjadi masalah. Hendaklah dia sentiasa mengulang kaji pelajarannyadan jangan malas. Ini kerana, kefakiran dan kemiskinan seseorang itu bukan penghalang untuk menjadi alim.
  • Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah s.w.t.
  • Sentiasa memohon hidayah daripada Allah dengan berdoa. Mohonlah juga moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.
  • Sentiasa memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Oleh sebab itu, ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.
  • Berusaha untuk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta.
  • Tentukan masa mengulang kaji. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.
  • Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan yang paling enak untuk minda. Sentiasalah merasa ketagih menuntut ilmu untuk menghambat perasaan bosan dan malas. 
        Petikan SOLUSI 

Monday, May 9, 2011

SERUAN AZAN

:: SERUAN AZAN ::  


Azan mula disyariatkan di Madinah pada tahun pertama hijrah. Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al- Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud:
“Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: “Ambillah naqush (loceng) seperti naqush orang Nasrani (kristian).” Berkata sebahagian yang lain pula: “(Ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi.”
Lalu berkata Umar: “Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru kepada sembahyang?” Bersabda Rasulullah s.a.w. : “Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat,”
Hasil perbincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani, meniup trompet seperti penganut agama Yahudi, mengibarkan bendera sebagai tanda masuknya waktu solat atau menyalakan api diatas bukit dimana orang yang melihat api akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah.
Namun semua usul itu ditolak oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Umar al-Khattab mencadangkan diteriakan kuat-kuat lafaz, “Telah datang waktu solat.” Cadangan Umar ini diterima oleh Baginda tetapi dengan sedikit modifikasi kepada “Assalatu jami’ah” yang bermaksud “marilah solat berjemaah”
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zaid r.a., beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.
Abdullah: “Wahai hamba Allah, adakah kamu jual naqush itu?”
Pembawa loceng: “Apa yang akan engkau buat dengannya?”
Abdullah: “Dengan naqush itu kami menyeru kepada solat.”
Pembawa loceng: “Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu?”
Abdullah: “Ya”
Pembawa loceng: “Kumandangkanlah “Allahuakbar….”(hingga akhir azan).
Keesokannya, Abdullah bin Zaid menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. mengenai mimpinya. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya mimpi mu itu benar insya-Allah. Berdilah engkau bersama Bilal dan ajarkan kepadanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau.” Kemudian Abdullah bin Zaid berdiri bersama Bilal lalu mengajarkanya lafaz azan tersebut.
Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar bin al-Khattab berkata: “Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah, sesungguhnya aku bermimpi sepertimana yang telah dimimpikan olehnya (Abdullah bin Zaid).”
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Segala puji bagi Allah.”
Walaupun azan disyariatkan hasil mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan mimpi Umar bin al-Khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia. Sebaliknya ia diperkuatkan lagi dengar wahyu.
Al-Bazzar berkata: “Nabi s.a.w. pada malam israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdegarkan kepadanya diatas langit yang ketujuh. Kemudian Jibrail mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginda ke atas penduduk langit dan bumi.”

Petikan SOLUSI (Isu No:30/ 2011)

you can try ::

For you :: Clik hire