Try Click Hire

Tuesday, May 10, 2011

Petua Mendapatkan Ilmu

Petua  Mendapat Ilmu Yang Banyak Dan Berkat


  • Perkara paling asas yang perlu kita miliki sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas. Niat tersebut perlulah:
1.        Ilmu dituntut kerana Allah s.w.t. bukan kerana duniawi.
2.        Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil.
3.        Niatkan untuk menyebakan ilmu yang ada itu dan memanfaatkannya dengan membantu masyarakat.
  • Jauhi maksiat yang menggelapkan hati.
  • Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada, Ilmu tidak terhaddi dalam kelas dan perpustakaan malah boleh ditimba di rumah, pejabat, masjid, seminar da sebagainya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Hikmah (ilmu) itu umpama barang orang Mukmin yang hilang, dimana sahaja kamu jumpainya, ambillah ia.” (Riwayat al-Tirmizi)
  • Ibn Abbas ditanya: “Bagaimana kamu perolehi ilmu yang banyak?” Maka beliau menjawab: “Dengan banyak bertanya.” Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.
  • Sekiranya seseorang terpaksa bekerja semasa menuntut ilmu, ia tidak menjadi masalah. Hendaklah dia sentiasa mengulang kaji pelajarannyadan jangan malas. Ini kerana, kefakiran dan kemiskinan seseorang itu bukan penghalang untuk menjadi alim.
  • Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah s.w.t.
  • Sentiasa memohon hidayah daripada Allah dengan berdoa. Mohonlah juga moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.
  • Sentiasa memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Oleh sebab itu, ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.
  • Berusaha untuk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta.
  • Tentukan masa mengulang kaji. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.
  • Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan yang paling enak untuk minda. Sentiasalah merasa ketagih menuntut ilmu untuk menghambat perasaan bosan dan malas. 
        Petikan SOLUSI 

No comments:

you can try ::

For you :: Clik hire