Try Click Hire

Fakta


FAKTAR menarik dari Internet
·      Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter, adalah air terjun yang tertinggi di dunia dan lapan belas kali tinggi daripada Air Terjun Negara.
·      Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
·      Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Itali mempunyai 9,350 selekoh bagi perlumbaannya.
·      Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang-kurangnya 10 sel berlainanuntuk berbagai-bagai fungsi.
·      Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.
·      Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksigen yang disedutsemasa berehat atau tidur.
·      Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkatsatu tan barang ke tingkat lima.
·      Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksigen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.
·      Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367-1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.
·      Gurun Sahara di utara Afrika, mendapat namanya daripada ‘Sahara’ yang bermaksud liar atau terbiar.
·      Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang dihisap.
·      Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.
·      Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.
·      Semasa kempen Napoleon di Itali pada 1769-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.
·      Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasam kan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka  anda.
·      Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka dikulit atau terbakar.
·      Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah di New Zealand.
·      Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.
·      Ulat sutera boleh memintar benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.
·      Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara atau suhu yang sama.


you can try ::

For you :: Clik hire