Try Click Hire

Saturday, December 17, 2011

KELANTAN


Jangan tidak-tidak kunjungi destinasi ini




PASAR Besar Siti Khadijah adalah pasar yang paling terkenal di Kelantan.
Pasar ini menjual semua jenis barangan antaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraf tangan tembaga dan perak dan banyak lagi.
Seperkara yang unit di Pasar Siti Khadijah adaalah hampir kesemua peniaganya adalah wanita yang turut mengenakan perhiasan emas seperti rantai leher dan gelang tangan yang agak banyak.
Pasar ini beroperasi seawal 6 pagi dan dibuka hingga 7 malam. Semua peniaga itu juga akan menghentikan segala urusan setiap kali masuk waktu solat bagi membolehkan mereka dan juga pengunjung menunaikan kewajipan.
Nama asal Pasar ini ialah Pasar Buluh Kubu. Nama Siti Khadijah di ambil semperna nama isteri Nabi Muhammad saw yang juga merupakan peniaga wanita yang ulung.
Di sini, anda disyorkan supaya tidak malu tawar-menawar dengan pegerai. Biasanya para peniaga di Kelantan tidak lokek menurunkan harga barangan mereka apabila bakal pembeli membuat tawaran harga yang munasabah. Penjual juga mudah ‘cair’ dengan mereka yang bersungguh-sungguh ingin membeli barangan jualan mereka.
Sekiranya anda mempuyai kenalan dari Kelantan, adalah lebih baik sekiranya mereka yang bertanyakan harga. Ini kerana biasanya harga ‘pembukaan’ adalah lebih istimewa bagi anak tempatan berbanding orang luar.
Jika tidak sekalipun, anda dinasihati supaya ‘mencuri dengar’ harga yang penjual tawarkan kepada warga tempatan. Ini kerana harga tersebut biasanya lebih rendah.



PANTAI SERI TUJUH

Pantai Seri Tujuh merupakan tempat yang berlangsungnya Pesta Wau Antarbangsa. Pantai ini terletak berhampiran sempadan Thailand dan Kelantan di kampung Tujuh – yang berada di Tumpat, hanya tujuh kilometer dari Kota Bahru. Untuk kesana pengunjung boleh menaiki bas bernombor 43 dari terminal utama. Sepanjang perjalanan para pengunjung dapat melihat pemandangan yang menarik.



PANTAI CAHAYA BULAN

Pantai yang terkenal di Kelantan ialah Pantai Cahaya Bulan (PCB) atau dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi.
Keindahannya dihiasi dengan pokok Ru dan pokok kelapa bagi pengunju menikmati keindahan pantai ini.
Pantai ini sesuai bagi pengunjung yang ingin beristirehat bersama keluarga.
 









you can try ::

For you :: Clik hire