Try Click Hire

Saturday, June 4, 2011

Penggabungan bank langkah positif perkukuh imej kewangan Malaysia







Tidak timbul soal siapa menang dalam perang sengit dalam bidaanke atas RHB capital Bhd yang membabitkan dua kumpulan perbankan terbesar Negara, Malayan Banking Bhd (maybank) dan CIMB Group Holding Bhd (CIMB Group). Hakikatnya, kedua-dua syarikat ini memiliki kekuatan tersendiri untuk muncul sebagai calon pilihan kerana kedua-duanya dilihat berada dalam kedudukan seimbang dalam persaingan ini, berdasarkan dalam aspek kelebihan kualiti dan kepakaran kumpulan pengurusan. Malah, kedua-duanya sudah terbukti mampu mewujudkan rantaian nilai kepada pemegang saham dan pelanggan masing-masing, sama ada di pasaran domestic mahupun antarabangsa. Paling menarik, mana-mana pihak yang menang dalam bidaan itu, sudah tentunya akan mengharumkan nama Malaysia di persada kewangan antarabangsa.
Kelmarin, bank Negara Malaysia (BNM) memberi kelulusan kepada Maybank dan CIMB bagi memulakan rundingan berasingan dengan RHB Capital dan pemegang saham utamanya untuk cadangan penggabungan berkenaan. Persaingan ini menarik minat industry perbankan karana bagi Maybank ialah untuk mempertahankan kedudukanya sebagai kumpulan perbankan terbesar tempatan, manakala bagi CIMB Group ialah peluang baginya untuk mengambil alih kedudukan Maybank sebagai peneraju ketika ini.
Kita percaya penggabungan ini adalah langkah yang amat positif dalam meningkatkan lagi imej  Negara dalam sector kewangan global. Melalui cara ini, Malaysia sudah tentu tidak lagi ketinggalan di belakang Negara jiran yang lain dalam persaingan untuk menjadi peneraju sektor kewangan antarabangsa, khususnya dalam pasaran serantau. Jika segala-galanya berjalan lancer, penggabungan ini bermakna Malaysia memiliki kumpulan perbankan terbesar di Asia Tenggara, malah pelabur antarabangsa juga sudah tentu akan tertarik dengan kelebihan yang dimiliki Negara, kedua-dua pihak yang melakukan bidaan harus menimbang dari aspek sinergi, iaitu adakah usaha secara berkumpulan dapat memberi hasil yang lebih baik berbanding beroperasi secara bersendirian.
Di sinilah letaknya kebijaksanaan Maybank dan CIMB Group dalam memaksimumkan sinergi dan kebolehan masing-masing untuk meningkatkan lagi nilai intitusi perbankan berkanaan dan berupaya bersaing dengan lebih berkesan diarena antarabangsa. Kita yakin perkembangan terbaru ini akan membuka tirai kepada lebih banyak aktiviti penggabungan membabitkan sektor kewangan tempatan dan serantau pada masa akan datang, terutama di Indonesia .
Dalam tempoh yang ditetapkan selama tiga bulan untuk diselesaikan cadangan penggabungan RHB Capital dengan Maybank atau CIMB Group, kita percaya pemegang saham terbabit akan mengira pelbagai risiko, termasuk kesan krisis kewangan global kepada syarikat perbankan tempatan seperti yang dialami pada 2008.

you can try ::

For you :: Clik hire