Try Click Hire

Friday, June 17, 2011

Agihan Zakat



Siapa Yang Layak Wang Agihan Zakat ?

A
llah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir dan prang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekarkan dirinya, dan orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hokum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan ( yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Tawbah 9:60)
Daripada ayat diatas, dapatlah difahami bahawa golongan yang layak mandapat zakat ialah:

1.       Fakir. Fakir ialah orang islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makananan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
2.       Miskin. Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang tanggungannya.
3.       Amil zakat. Orang yang dilantik atau ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
4.       Mualaf. Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya).
5.       Al-riqab. Orang yang baru memeluk Islam iaitu “ Orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
6.       Al-gharimin. Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hokum syarak.
7.       Orang yang berjuang dijalan Allah (fi sabilillah). Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
8.       Ibn sabil. Orang Islam kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat; ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya dan pengembaraan diharuskan oleh syarak. 





No comments:

you can try ::

For you :: Clik hire