Try Click Hire

Saturday, June 25, 2011

Gelatin babi


Bila Berlaku  Istihalah, 
Bolehkah Digunakan?


APABILA berbincang mengenai gelatin dari sumber khinzir, ulama dan saintis mengaitkannya dengan Teori  Perubahan Zat ataupun dari segi fikahnya disebut Istihalah.
Istihalah ialah perubahan yang berlaku keatas sesuatu benda (zat). Ia berubah dari zat asal pada zat baru yang berbeza sifatnya dari segi rasa, warna dan bau. Pada dasarnya, apabila berlaku perubahan zat dimana struktur kimia dan organiknya berubah sepenuhnya, bahan yang asal, dianggap bahan baru yang suci.
Pun begitu, isu yang ditimbulkan, apakah bahan gelatin yang digunakan dalam ubat-ubatan itu benar-benar telah mengalami proses Istihalah sepenuhnya atau tidak? Apakah mungkin protein atau profil DNA babi pada gelatin  itu telah berubah sifat sepenuhnya?
Menjawab persoalan ini Ahli Farmasi, Abdul Rahman Baco menjelaskan, kini, pelbagai teknik dan teknologi sedang dan telah dikaji dan dibangunkan oleh pelbagai pihak untuk mengesan elemen babi di dalam produk. Antaranya, Intitut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putera Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Technology Park Malaysia dan juga syarikat swasta seperti Olipro Biotechnology.
Di antara teknologi mengesan elemen babi di dalam suatu bahan yang ada pada hari ini adalah menggunakan kaedah Real-Time Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). Jika ternyata masih wujud lagi DNA khinzir di dalam gelatin tersebut, maka hukumnya tetap haram. Persidangan Pertubuhan Sains Perubatan Islam yang berlasung di Kuwait pada tahun 1995 menyatakan, “Bahan sapu, krim dan kosmetik yang mengandungi unsur khinzir tidak dibenarkan (haram) untuk digunakan melainkan lemak atau proteinnya telah mengalami proses perubahan (istihalah) dan berubah pada lain. Akan tetapi jika tidak ada kepastian, maka ia adalah najis”.
Mengenai penjualannya ubat-ubatan yang mengandungi unsur babi ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Apabila Allah mengharamkan sesuatu benda, maka harganya juga diharamkan”. Dengan erti kata lain, barang yang haram adalah haram untuk dijual dan pendapatan diperolehi juga adalah haram.
Bagaimanapun, keadaan ini berbeza bagi gelatin di dalam ubat atau vitamin yang dinyatakan berasal dari protein babi, tetapi telah berubah zat secara sepenuhnya, dan apabila uji kaji sekali lagi dijalankan, mendapati unsur tersebut tiada, maka hukumnya adalah suci.
Namun, jika belum ada ujian dilakukan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), MOSTI, atau Kementerian Kesihatan, maka langkah yang terbaik adalah menghindarinya.


No comments:

you can try ::

For you :: Clik hire