PATIN GULAI TEMPOYAK
Salam sejahtera semua…
Ini hari aku nak cerita kan pasal patin gulai tempoyak, pasal tadi petang kawan aku datang kedai bawa ikan patin sekor, tak la besar sangat tapi bolehla tahan. Katanya dia pancing semalam tapi aku tengok dah siap potong macam beli kat pasar je, hehehe…tak la, aku percaya kawan aku, lagi pun dia memang kaki pancing.
Patin Sungai |
Alhamdulillah, dapat lah kita orang kat kedai ni tukar selera, asyik hari2 makan menu yang sama je kat kedai ni pun jelak jugak ye tak?
Ok lah pasal gulai tempoyak pulak, sebenarnya gulai tempoyak ni adalah salah satu masakan kampong yang paling simpel tapi sedap. Ia adalah salah satu masakan yang terkenal dari negeri Pahang.
Sebenarnya aku bukanlah asal dari negeri Pahang, so.. aku tak banyak tahu pasal gulai tempoyak, tapi kalau di suruh masak memang aku suka.
Ok lah, sekarang aku nak cerita pasal bahannya dulu, ayuh mari kita sediakan bahan2-nya :-
· 3 biji Cili merah (ditumbuk)
· 10 ulas Bawang merah }
· 2 ulas Bawang putih } (digiling halus)
· 1.2 cm Halia }
· 1 inci Kunyit }
· 4 sudu Tempoyak
· 5 keping Asam gelugur
· 1 sudu Gula
· 1 batang Serai (dititik)
· 5 tangkai Daun kesum
· Sedikit belacan
· Garam dan bahan perasa secukupnya
Gulai Tempoyak |
Kalau rasa nak pedaskan sedikit bolehlah diketuk dalam 2-3 biji cili padi, tapi masakkan tempoyak ni tak perlu pedas2 sangat. Dan asam keeping juga bergantung kepada tempoyak, kalau tempoyaknya sudah masam, asam kepingnya hendaklah di kurangkan sedikit, tapi aku rasa lebih baik kita lebihkan tempoyak daripada asam keeping.
Dan sekarang aku nak tunjukkan cara membuatnya atau masaknya pula :-
1. Ikan yang telah dipotong dan dibersihkan tadi kita masukkan kedalam periuk dan masukkan semua bahan2 tadi kecuali daun kesum dan tempoyak, campurkan dengan lebih kurang 2-3 gelas air, (agak2). Jerang hingga mendidih.
2. Setelah mendidih baru kita masukkan tempoyak dan daun kesum. Balik-balikkan sebentar kemudian diangkat.
Ok, senang tak, itu je bahan dan caranya, memang bukan susah pun, tapi ia juga bergantung kepada kemahiran dan tangan yang belenkan bahan-bahan tadi, kalau pandai agak barang dan tahu rasa, sedaplah jadinya, yang penting masak ni nak kena ikhlas.
Ada juga sesetengah orang masukkan bunga kantan kedalam masakkan tempoyak, pun boleh jadi sedap juga rasanya, ada juga orang gunakan asam jawa untuk gantikan asam keeping, tapi aku lebih suka gunakan asam keping sebab asam keping mempunyai rasa dan aroma yang tersendiri.
Ok lah, dengan resepi dan cara masak yang tak seberapa ni, mudah-mudahan kepada anda yang membacanya dapatlah mencubanya sendiri di rumah, dan juga kepada siapa yang rasa ada terkurang pada resepi ini sila lah komen dan kongsi sedikit resepi anda atau petua ke, untuk jadikan masakkan ini lebih sempurna. Tak salah kalau kita komen masakkan orang kalau komen kita boleh memberi kebaikkan kepada orang ramai, dan mudah-mudahan aku dapat mengubahnya pada masa akan datang…. Selamat mencuba.
1 comment:
meleleeeh......
Post a Comment