Bila Berlaku Istihalah,
Bolehkah Digunakan?
APABILA berbincang mengenai gelatin dari sumber khinzir, ulama dan saintis mengaitkannya dengan Teori Perubahan Zat ataupun dari segi fikahnya disebut Istihalah.
Istihalah ialah perubahan yang berlaku keatas sesuatu benda (zat). Ia berubah dari zat asal pada zat baru yang berbeza sifatnya dari segi rasa, warna dan bau. Pada dasarnya, apabila berlaku perubahan zat dimana struktur kimia dan organiknya berubah sepenuhnya, bahan yang asal, dianggap bahan baru yang suci.
![](http://4.bp.blogspot.com/-3A0BvOzJUx0/TgYMZHfd5BI/AAAAAAAAA_Y/K5ZljB9_MhM/s1600/images+%252815%2529.jpg)
Menjawab persoalan ini Ahli Farmasi, Abdul Rahman Baco menjelaskan, kini, pelbagai teknik dan teknologi sedang dan telah dikaji dan dibangunkan oleh pelbagai pihak untuk mengesan elemen babi di dalam produk. Antaranya, Intitut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putera Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Technology Park Malaysia dan juga syarikat swasta seperti Olipro Biotechnology.
![](http://4.bp.blogspot.com/-s89MK5tk7Ys/TgYMZTyFqVI/AAAAAAAAA_c/pSVH0sI7qTQ/s1600/images+%252816%2529.jpg)
Mengenai penjualannya ubat-ubatan yang mengandungi unsur babi ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Apabila Allah mengharamkan sesuatu benda, maka harganya juga diharamkan”. Dengan erti kata lain, barang yang haram adalah haram untuk dijual dan pendapatan diperolehi juga adalah haram.
![](http://4.bp.blogspot.com/-7n0seNeF0vA/TgYMYPwr6qI/AAAAAAAAA_Q/fRmSEHPfCDQ/s200/images+%252813%2529.jpg)
Namun, jika belum ada ujian dilakukan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), MOSTI, atau Kementerian Kesihatan, maka langkah yang terbaik adalah menghindarinya.
No comments:
Post a Comment