Jangan tidak-tidak kunjungi destinasi ini
PASAR Besar Siti Khadijah adalah
pasar yang paling terkenal di Kelantan.
Pasar ini menjual semua jenis
barangan antaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan
kraf tangan tembaga dan perak dan banyak lagi.
Seperkara yang unit di Pasar Siti
Khadijah adaalah hampir kesemua peniaganya adalah wanita yang turut mengenakan
perhiasan emas seperti rantai leher dan gelang tangan yang agak banyak.
Pasar ini beroperasi seawal 6 pagi
dan dibuka hingga 7 malam. Semua peniaga itu juga akan menghentikan segala
urusan setiap kali masuk waktu solat bagi membolehkan mereka dan juga
pengunjung menunaikan kewajipan.
Nama asal Pasar ini ialah Pasar
Buluh Kubu. Nama Siti Khadijah di ambil semperna nama isteri Nabi Muhammad saw yang juga merupakan peniaga wanita
yang ulung.
Di sini, anda disyorkan supaya
tidak malu tawar-menawar dengan pegerai. Biasanya para peniaga di Kelantan
tidak lokek menurunkan harga barangan mereka apabila bakal pembeli membuat
tawaran harga yang munasabah. Penjual juga mudah ‘cair’ dengan mereka yang
bersungguh-sungguh ingin membeli barangan jualan mereka.
Sekiranya anda mempuyai kenalan
dari Kelantan, adalah lebih baik sekiranya mereka yang bertanyakan harga. Ini
kerana biasanya harga ‘pembukaan’ adalah lebih istimewa bagi anak tempatan
berbanding orang luar.
Jika tidak sekalipun, anda
dinasihati supaya ‘mencuri dengar’ harga yang penjual tawarkan kepada warga
tempatan. Ini kerana harga tersebut biasanya lebih rendah.
PANTAI
SERI TUJUH
Pantai Seri Tujuh merupakan tempat
yang berlangsungnya Pesta Wau Antarbangsa. Pantai ini terletak berhampiran
sempadan Thailand dan Kelantan di kampung Tujuh – yang berada di Tumpat, hanya
tujuh kilometer dari Kota Bahru. Untuk kesana pengunjung boleh menaiki bas
bernombor 43 dari terminal utama. Sepanjang perjalanan para pengunjung dapat
melihat pemandangan yang menarik.
PANTAI
CAHAYA BULAN
Pantai yang terkenal di Kelantan
ialah Pantai Cahaya Bulan (PCB) atau dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta
Berahi.
Keindahannya dihiasi dengan pokok
Ru dan pokok kelapa bagi pengunju menikmati keindahan pantai ini.
Pantai ini sesuai bagi pengunjung
yang ingin beristirehat bersama keluarga.