Try Click Hire

Thursday, September 1, 2011

AYAM PENYET


AYAM PENYET, APA KEISTIMEWAANYA.

      Menikmati hidangan dari seberang tidak banyak bezanya, malah cara memasak juga jika diamati hampir sama. Ini mungkin rakyat Malaysia dan Indonesia datangnya dari rumpun yang sama.
      Disebabkan itu, rakyat negara ini boleh menerima apa sahaja hidang berasal dari negara itu asalkan ia halal dan enak ditekak.
      Ini termasuklah nasi Padang yang meliputi pelbagai jenis lauk beraneka rasa, ayam penyat, bakso dan beberapa menu lain sangat mudah untuk dinikmati. Jika beberapa tahun lepas, restoran makanan autentik Indonesia ini kelihatan sunyi, namun sedikit demi sedikit masyarakat di sini sudah mula menerimanya.
Ayam Penyet dihasilkan dengan campuran pelbagai perapan rempah ratus istimewa dan dipenyet sebelum dihidangkan. Kaedah ini sebenarnya tidak jauh beza dengan ayam goreng tempatan, namun tetap ada keistimewaan tersendiri yang mampu menawan hati untuk terus menikmatinya.
Bagi anda yang belum cuba, jangan ketinggalan merasainya. Sekali cuba pasti nak lagi! Jika ayam bukan pilihan, daging, ikan dan sayur-sayuran juga boleh disediakan dengan cara yang sama.

DARI PULAU JAWA KE MALAYSIA

      Di katakan asalnya dari pulau jawa terus menular ke Singapura dan Malaysia, ayam penyet juga dikatakan bermula dari warung-warung tepi jalan dari pulau jawa, dan kini ia telah menumbusi pasaran besar seperti restoran dan juga hotel.
      Kelazatan ayam penyet juga begitu unik kerana ia diperap dengan pelbagai rempah ratus tradisional, hidangan ini menjadi bertambah lazat berikutan sebelum digoreng ayam mahupun daging itu direbus agak lama supaya menjadi lebih lembut. Kemudian lauk-lauk ini digaul dan diperap terlebih dahulu dengan pelbagai rempah ratus istimewa. Kalau dulu semua rempah ratus datang dari Indonesia, tetapi ini semuanya sudah ada di Malaysia, jadi semuanya bertambah mudah.
      Keistimewaan menggunaan renpah-rempah ini selain untuk menyedapkan makanan, juga ianya sangat baik untuk kesihatan diri, dalam menjamu selera kesihatan juga perlu diutamakan agar kita dapat menikmatai setiap makanan tanpa had dan batasan.
      Dinamakan ayam penyet, oleh kerana ayam tersebut sebelum digoreng ianya mestilah terlebih dahulu diketuk atau di penyet sebelum di goreng supaya ianya lebih garing atau lebih mudah dimasak.





RESEPI AYAM PENYET
Bahan-bahan ayam (6 orang)

·      1 ekor ayam
Potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan.

·      ½ sudu besar jintan manis  }


·      ½ sudu besar jintan putih    }
Goreng tanpa minyak hingga naik bau

·      3 sudu besar biji ketumbar }


·      1 sudu besar serbuk kari ayam


·      1 sudu besar serbuk kunyit


·      ½ sudu besar serbuk lada putih


·      3 ulas bawang putih

·      1 cm halia

·      Sedikit air

·      1 sudu kecil garam

·      minyak masak untuk menggoreng


Sambal
·      Sedikit minyak masak

·      10 batang cili merah
-Lebihkan jika mahu pedas
·      10 biji cili padi

·      10 biji bawang kecil / merah
-Dihiris
·      3 biji bawang putih
-Dihiris
·      5 biji tomato
-Dipotong empat
·      5 cm belacan

·      2 sudu ikan bilis

·      3 sudu gula merah/secukup rasa





Cara-cara menyediakan:
Ayam penyet
1.     Masukkan semua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2.     Lumur bahan-bahan telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
3.     Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tauhu.
4.     Setelah perap semalaman, golekkan pada tepung beras.
5.     Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk sambal
1.     Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing/rangup, angkat dan ketepikan.
2.     Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan
3.     Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili.
4.     Setelah layu, masukkan tomato.
5.     Gaul rata dan tutup api, angkat dan ketepikan.
6.     Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
7.     Masukkan kesemuanya kedalam pengisar atau lesung batu, kisar atau tumbuk hingga separa halus.
8.     Masukkan semua bahan tumbuk kedalam periuk dan panaskan.
9.     Masukkan gula merah dan gaul rata.
10.  Rasa sambal terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut cita rasa.

      Hidangan ayam penyet, sambal dan sedikit sayuran seperti kangkung dan timun, tauhu goreng dan tempe goreng, bolehlah dimakan bersama nasi putih. Lebih sedap dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba !!!

you can try ::

For you :: Clik hire