Try Click Hire

Tuesday, July 5, 2011

Hilang ‘Kelelakian’?



Masalah Salur Kencing Jejas Kualiti Hidup

JIKA ditanya kepada lelaki, apakah kekuatan bagi kaunm Adam, jawapan diberikan pastinya ‘kelelakian’ mereka.
Bagaimanapun, jika seorang lelaki itu berdepan gejala kehilangan kawalan pundi kencing dipanggil Simptom Saluran Urin Bawah (LUTS) dan masalah pembesaran prostat atau digelar Hiperplasia Prostat Tidak Berbahaya (BPH), besar kemingkinan, dia juga bakal kehilangan ‘kelelakian’ itu.
Presiden Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Lelaki Berusia (MSSAM), Prof Dr Zulkifli Md Zainudin, berkata secara teorinya, BHP adalah penyebab utama masalah LUTS yang boleh dikesan melalui pelbagai symptom.
Antaranya adalah lemah kawalan pundi kencing, kejang abdomen, sukar kencing, kencing terhenti-henti dan tidak lawas.
“Penyakit itu sering terjadi pada lelaki berusia 50 tahun hingga 80 tahun sehingga akhirnya memberi kesan negative terhadap kualiti seksual serta kehidupan keseluruhan pesakit,” katanya ketika persidangan meja bulat semperna Mesyuarat Ketiga Pakar Urologi Malaysia dan Persatuan Urologi Singapura, di sini baru-baru ini.
Katanya, banyak kajian mendapati masalah erectile dysfunction (ED) atau lemah syahwat turut berkait rapat dengan LUTS.
“Bagaimanapun, LUTS bukan masalah yang boleh mengancam nyawa, Cuma banyak kajian membuktikan wujud impak negative terhadap kualiti hidup lelaki berpunca daripada masalah itu.
“Kebanyakkan kajian menjelaskan kesan LUTS disebabkan oleh BPH boleh menyebabkan ED, malah symptom yang wujud sehingga mengganggu tidur, kekerapan kencing dan kebocoran pundi mengganggu mental serta emosi penghidap.
“Apabila minda terganggu, fugsi rangsangan atau ereksi lelaki turut terjejas. Lebih teruk lagi, kualiti hidup pasangan turut terganggau disebabkan sering  terjaga malam, bimbang pasanga menghidap kenser, sedih dengan tekanan dihidapi pesakit, bimbang pasangan perlu dibedah selain menjejaskan aktiviti seks.
“Situasi itu serius kerana didapati daripada 48.4 peratus lelaki yang mengalami rengsa akibat LUTS dengan 28.3 peratus mengakui bosan dengan gejala yang dialami namun hanya 4.5 peratus bertemu doctor,” katanya.
Di Malaysia, satu pertiga lelaki bakal berdepan masalah pundi kencing yang berpunca daripada masalah pembesaran prostat atau BPH dan juga normal bagi lelaki berusia.
Kajian Lelaki Berusia Asia (ASAM) dijalankan pada 2005 terhadap 1,155 lelaki berusia 50 tahun hingga 80 tahun mendapati 34 peratus responden mengalami symptom LUTS kategori sederhana/kronik dan 61 peratus yang lain masih lagi aktif melakukan aktiviti seks.
Data sama juga mendapati kekerapan aktiviti seks responden adalah 3.1 kali sebulan dan bilangan itu berkurangan jika pesakit berdepan masalah LUTS kategori sederhana/kronik.
Kata Prof Dr Zulkifli, kajian ASAM dkiwujudkan bagi menentukan punca  peningkatan LUTS dan masalah seksual di Asia serta mengenal pasti kaitan antara LUTS dan kelemahan syahwat.
Seramai 250 responden lelaki adalah dari sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor selain Hong Kong dan Singapura, Filipina dan Thailand.
Kata Prof Dr Zulkifli yang juga Perunding dan Ketua Unit Urologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia itu, rawatan terhadap BPH boleh meningkatkan kualiti hidup dan merawat ED, namun sebelum rawatan dimulakan, penilaian terhadap fungsi seksual pesakit dilakukan bagi mengenal pasti jenis rawatan sesuai.

you can try ::

For you :: Clik hire