Try Click Hire

Saturday, June 25, 2011

Gelatin babi


Bila Berlaku  Istihalah, 
Bolehkah Digunakan?


APABILA berbincang mengenai gelatin dari sumber khinzir, ulama dan saintis mengaitkannya dengan Teori  Perubahan Zat ataupun dari segi fikahnya disebut Istihalah.
Istihalah ialah perubahan yang berlaku keatas sesuatu benda (zat). Ia berubah dari zat asal pada zat baru yang berbeza sifatnya dari segi rasa, warna dan bau. Pada dasarnya, apabila berlaku perubahan zat dimana struktur kimia dan organiknya berubah sepenuhnya, bahan yang asal, dianggap bahan baru yang suci.
Pun begitu, isu yang ditimbulkan, apakah bahan gelatin yang digunakan dalam ubat-ubatan itu benar-benar telah mengalami proses Istihalah sepenuhnya atau tidak? Apakah mungkin protein atau profil DNA babi pada gelatin  itu telah berubah sifat sepenuhnya?
Menjawab persoalan ini Ahli Farmasi, Abdul Rahman Baco menjelaskan, kini, pelbagai teknik dan teknologi sedang dan telah dikaji dan dibangunkan oleh pelbagai pihak untuk mengesan elemen babi di dalam produk. Antaranya, Intitut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putera Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Technology Park Malaysia dan juga syarikat swasta seperti Olipro Biotechnology.
Di antara teknologi mengesan elemen babi di dalam suatu bahan yang ada pada hari ini adalah menggunakan kaedah Real-Time Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). Jika ternyata masih wujud lagi DNA khinzir di dalam gelatin tersebut, maka hukumnya tetap haram. Persidangan Pertubuhan Sains Perubatan Islam yang berlasung di Kuwait pada tahun 1995 menyatakan, “Bahan sapu, krim dan kosmetik yang mengandungi unsur khinzir tidak dibenarkan (haram) untuk digunakan melainkan lemak atau proteinnya telah mengalami proses perubahan (istihalah) dan berubah pada lain. Akan tetapi jika tidak ada kepastian, maka ia adalah najis”.
Mengenai penjualannya ubat-ubatan yang mengandungi unsur babi ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Apabila Allah mengharamkan sesuatu benda, maka harganya juga diharamkan”. Dengan erti kata lain, barang yang haram adalah haram untuk dijual dan pendapatan diperolehi juga adalah haram.
Bagaimanapun, keadaan ini berbeza bagi gelatin di dalam ubat atau vitamin yang dinyatakan berasal dari protein babi, tetapi telah berubah zat secara sepenuhnya, dan apabila uji kaji sekali lagi dijalankan, mendapati unsur tersebut tiada, maka hukumnya adalah suci.
Namun, jika belum ada ujian dilakukan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), MOSTI, atau Kementerian Kesihatan, maka langkah yang terbaik adalah menghindarinya.


Friday, June 24, 2011

Silverlight


:: Apakah Silverlight? ::


Silverlight adalah pelaksanaan silang pelayar (cross-Browser), lintas-platform (cross-platform) baru .NET Framework untuk membina dan menyampaikan kepada generasi akan datang media pengalaman dan Rich Interaktif Aplikasi (RIA) untuk web. Ia berjalan di semua pelayar yang popular, termasuk Microsoft Internet Explorer, Mozilla Firefox, Apple Safari, Opera. Plugin yang diperlukan untuk menjalankan Silverlight sangat bersaiz kecil itu dapat dipasang dengan cepat.

Ia adalah gabungan teknologi berbeza ke dalam platform pembangunan tunggal yang membolehkan anda untuk memilih alat dan bahasa pengaturcara anda ingin gunakan. Silverlight menggabungkan dengan lancar dengan Javascript yang ada dan ASP.NET AJAX kod untuk melengkapkan fungsi yang anda telah buat.

Silverlight bertujuan untuk bersaing dengan Adobe Flash dan penyampaian komponen Ajax. Ia juga bersaing dengan Sun Microsystems ' JavaFX, yang dilancarkan beberapa hari selepas Silverlight
.

Pada masa ini terdapat 2 versi utama Silverlight:

Silverlight 1.0 dan Silverlight 2.0 (sebelum ini dirujuk sebagai versi1,1).



Monday, June 20, 2011

Salmon


:: SALAMON ::


Ramai mengetahui salmon yang hidup di lautan Atlantik dan Pasifik memiliki omega-3 dan protein yang sangat tinggi berbanding daging ikan lain.
Rasanya yang manis dan berlemak ini sesuai untuk semua peringkat usia terutama kanak-kanak kerana kandungan omega dan DHA yang penting untuk pertumbuhan otak mereka.
Oleh kerana ikan ini agak sensitive, cara masaknya perlu menggunakan teknik tertentu bagi mengekalkan nutrisinya.
Salmon yang dimasak terlalu lama akan menyebabkan zat pentingnya hilang. Sebaiknya, salmon dipanggang di atas api yang kuat dalam masa dua hingga tiga minit saja pada kedua-dua bahagian iaitu atas dan bawah.
Sekiranya digoreng, mulakan pada bahagian kulit dulu bagi memastikan salmon dalam keadaan cantik. Selain itu tingkat kematangan ikan harus sempurna agar rasanya enak.
Perhatikan apabila air ikan sudah keluar daripada isinya, ia harus segera diangkat. Bagi memastikan  ikan dipilih segar lihat isinya yang pejal, kaku dan berkilat. Apabila ditekan isinya akan cepat kembali kepada bentuk asal.
Teknik membersihkan salmon juga berbeza bebanding ikan lain. Cara terbaik membersihkan salmon hanya menggunakan air yang mengalir. Apabila ikan itu sudah bersih, keringkan dulu sebelum dipotong mengikut ukuran separuh tapak tangan. Ini bagi mengelak isinya hancur apabila digoreng atau dipanggang.
Untuk mengetahui sama ada isi ikan benar-benar masak atau sebaliknya, perhatikan perubahan warna isinya. Daging salmon mentah biasanya berwarna merah muda cerah sedangkan yang sudah masak warnanya menjadi lebih merah.
Jadi, agar salmon kekal cantik dan enak elakkan memasak salmon terlalu lama kerana itulah rahsia kelazatan masakkan salmon.

Friday, June 17, 2011

Agihan Zakat



Siapa Yang Layak Wang Agihan Zakat ?

A
llah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir dan prang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekarkan dirinya, dan orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hokum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan ( yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Tawbah 9:60)
Daripada ayat diatas, dapatlah difahami bahawa golongan yang layak mandapat zakat ialah:

1.       Fakir. Fakir ialah orang islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makananan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
2.       Miskin. Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang tanggungannya.
3.       Amil zakat. Orang yang dilantik atau ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
4.       Mualaf. Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya).
5.       Al-riqab. Orang yang baru memeluk Islam iaitu “ Orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
6.       Al-gharimin. Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hokum syarak.
7.       Orang yang berjuang dijalan Allah (fi sabilillah). Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
8.       Ibn sabil. Orang Islam kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat; ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya dan pengembaraan diharuskan oleh syarak. 





Thursday, June 16, 2011

Amalan Tertolak Kerana Mazmumah

:: Amalan Tertolak Kerana Mazmumah ::



Allah mencipta tujuh malaikat sebelum mencipta langit dan bumi. Kemudian, ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu langit.

Pada setiap pintu ini, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya atau sebaliknya.

Pintu Langit Pertama

Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari.
Berkata malaikat penjaga pintu langit: “Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (menumpat). Allah menyeruku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya.”

Pintu Langit Kedua
Selepas Berjaya melalui pintu langit pertama, malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak. Kata malaikat penjaga langit: “berhenti kamu dan pukul amalan ini kemuka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia dapat keuntungan di dunia.”

Pintu Langit Ketiga
Malaikat membawa amalan berupa pahala sedekah, solat dan puasa. Para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua. Tetapi ditahan dilangit ketiga.
Malaikat berkata. “Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasi ku. Orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai.”

Pintu Langit Keempat
Amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat. Berkata malaikat penjaga langit: “Allah memeritahkan supaya amalan orang yang ujud tidak boleh melintasiku. Dia beramal dengan dorongan perasaan ujud dalam dirinya.”

Pintu Langit Kelima
Amalan yang dibawa berseri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit: “Berhenti dan buangkan amalan ini pada muka orang yang mengerjakannya. Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya.”

Pintu Langit Keenam
Malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihat dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. Lalu berkata malaikat penjaga langit: “Pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakanya  kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambanya yang menghadapi kesusahan.”

Pintu Langit Ketujuh
Berkata malaikat Sum’ah (ingin mahsyur): “Aku akan menghalang orang yang riyak daripada sampai kepada Tuhanku. Dia beramal bukan kerana mencari keredaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut.”

Ketika Bertemu Allah
Kemudian, naik malaikat yang membawa amalan seorang hamba yang berupa solat, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri dan berzikir. Amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan dan sampai kepada Allah. Ketika itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-ku ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepada-ku dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku.”




Thursday, June 9, 2011

PATIN GULAI TEMPOYAK

PATIN GULAI TEMPOYAK


Salam sejahtera semua…
Ini hari aku nak cerita kan pasal patin gulai tempoyak, pasal tadi petang kawan aku datang kedai bawa ikan patin sekor, tak la besar sangat tapi bolehla tahan. Katanya dia pancing semalam tapi aku tengok dah siap potong macam beli kat pasar je, hehehe…tak la, aku percaya kawan aku, lagi pun dia memang kaki pancing.
Patin Sungai
Alhamdulillah, dapat lah kita orang kat kedai ni tukar selera, asyik hari2 makan menu yang sama je kat kedai ni pun jelak jugak ye tak?
Ok lah pasal gulai tempoyak pulak, sebenarnya gulai tempoyak ni adalah salah satu masakan kampong yang paling simpel tapi sedap. Ia adalah salah satu masakan yang terkenal dari negeri Pahang.
Sebenarnya aku bukanlah asal dari negeri Pahang, so.. aku tak banyak tahu pasal gulai tempoyak, tapi kalau di suruh masak memang aku suka.

Ok lah, sekarang aku nak cerita pasal bahannya dulu, ayuh mari kita sediakan bahan2-nya :-
·         3 biji                                Cili merah                (ditumbuk)
·         10 ulas                            Bawang merah   }
·         2 ulas                              Bawang putih    }  (digiling halus)
·         1.2 cm                             Halia                    }
·         1 inci                                Kunyit                }
·         4 sudu                            Tempoyak
·         5 keping                         Asam gelugur
·         1 sudu                            Gula
·         1 batang                        Serai                          (dititik)
·         5 tangkai                        Daun kesum
·         Sedikit belacan
·         Garam dan bahan perasa secukupnya
Gulai Tempoyak
Kalau rasa nak pedaskan sedikit bolehlah diketuk dalam 2-3 biji cili padi, tapi masakkan tempoyak ni tak perlu pedas2 sangat. Dan asam keeping juga bergantung kepada tempoyak, kalau tempoyaknya sudah masam, asam kepingnya hendaklah di kurangkan sedikit, tapi aku rasa lebih baik kita lebihkan tempoyak daripada asam keeping.
Dan sekarang aku nak tunjukkan cara membuatnya atau masaknya pula :-
1.       Ikan yang telah dipotong dan dibersihkan tadi kita masukkan kedalam periuk dan masukkan semua bahan2 tadi kecuali daun kesum dan tempoyak, campurkan dengan lebih kurang 2-3 gelas air, (agak2). Jerang hingga mendidih.
2.       Setelah mendidih baru kita masukkan tempoyak dan daun kesum. Balik-balikkan sebentar kemudian diangkat.  
Ok, senang tak, itu je bahan dan caranya, memang bukan susah pun, tapi ia juga bergantung kepada kemahiran dan tangan yang belenkan bahan-bahan tadi, kalau pandai agak barang dan tahu rasa, sedaplah jadinya, yang penting masak ni nak kena ikhlas.
Ada juga sesetengah orang masukkan bunga kantan kedalam masakkan tempoyak, pun boleh jadi sedap juga rasanya, ada juga orang gunakan asam  jawa untuk gantikan asam keeping, tapi aku lebih suka gunakan asam keping sebab asam keping mempunyai rasa dan aroma yang tersendiri.
Ok lah, dengan resepi dan cara masak yang tak seberapa ni, mudah-mudahan kepada anda yang membacanya dapatlah mencubanya sendiri di rumah, dan juga kepada siapa yang rasa ada terkurang pada resepi ini sila lah komen dan kongsi sedikit resepi anda atau petua ke, untuk jadikan masakkan ini lebih sempurna. Tak salah kalau kita komen masakkan orang kalau komen kita boleh memberi kebaikkan kepada orang ramai, dan mudah-mudahan aku dapat mengubahnya pada masa akan datang…. Selamat mencuba.

Monday, June 6, 2011

Ultraman

:: ULTRAMAN ::


Ultraman, pastinya ramai diantara kita yang tahu pasal cerita Ultraman, malah mungkin ramai diantara kita yang masih ingat lagi dengan kehebatan ultraman. Ia adalah satu-satunya hero yang dapat berlawan dengan sejenis makhluk besar sebesar bangunan pencakar langit, yang di panggil raksasa.
Peminat super hero tersebut silih berganti dari generasi ke generasi. Tetapi persoalannya, berapa ramaikah diantara kita yang tahu siapakah ultraman, dari mana asal-usulnya, bila dia lahir, siapa ibu bapanya, dimanakah tempat tinggalnya sekarang, masih hidup lagikah ataupun sudah meninggal, kalau masih hidup, berapa umurnya sekarang, apakah makanan kegemarannya, pastinya kita teruja untuk tahu lebih banyak lagi tentang hero kegemaran kita.
Baiklah, kita mulakan dengan Ultraman Taro, ultraman taro merupakan salah satu karakter hero yang dicipta dan ditayangkan pada tahun 1973.
Karakter Ultraman Taro merupakan siri sambungan dari kisah lima beradik Ultraman terdahulu iaitu Ultraman, Ultra seven, Ultraman Jack, Ultraman Ace dan Ultraman Zoffy.
Selepas siri Ultraman Taro tamat pada tahun 1974, karakter Ultraman Leo, Ultraman Joe (Anime) dan Ultraman 80 pula menyusul pada tahun-tahun seterusnya.
Lapan Ultraman yang menjadi karakter super hero pada tahun 1970-an hiingga tahun 1980-an ini berkisar pada era Showa di bawah pemerintaha Empaya Hirohito yang melaksanakan pemerintahan Totalitarianism.
Selepas era Heisei memerintah Jepun, produk yang dilahirkan oleh Tsuburaya Production ini semakin mendapat tempat di hati peminat di Jepun dan di seliruh dunia.
Ultraman Tiga, Gaia, cosmos, Nexus, Max dan  Zearth pula muncul dalam siri yang di terbitkan oleh syarikat siri aksi daripada matahari terbit itu selepas tahun 1980-an.
Sebelum Ultraman, Tsuburaya Prodoction telah menerbitkan siri televisyen berunsur serangan raksasa yang berjudul Ultra Q dan ditayangkan di televisyen pada 2 January hingga 2 julai 1966.
Siri Ultra Q yang ditayangkan dalam hitam putih ini langsung tidak mengandungi karakter super hero gergasi menentang raksasa-raksasa yang menyerang bumi. Sepanjang 28 episod, hanya manusia yang menentang raksasa.
Selepas tamat siri Ultraman Q yang mendapat sambutan yang menggalakkan, Eiji Tsubuya telah mewujudkan karakter Ultraman Hayata (Ultraman) dan menyambung karakter sepanjang 39 episod tayangan sirinya di stesen televisyen Tokyo Broadcasting System (TBS).
Ultraman, karakter fiksyen sains ini tinggal bersama komuniti yang dihuni dengan super hero ultra yang lain di ‘Land of Light’, Planet Nebula M78.
Semasa berada di planet tempat tinggalnya, Ultraman merupakan seorang tenaga pengajar di Space University (Uchu Daiku), Planet Nebula.
Satu demi satu kejayaan dikecapi oleh Tsuburaya Production. Selain siri televisyen, Ultraman turut menjadi produk panggung wayang apabila sembilan buah filem aksi ‘super hero’ itu pernah ditayangkan dipawagam.
Pada 23 Disember 2010, Tsuburaya Production akan menayangkan filem Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire.
Filem ini memperkenalkan watak baru dalam keluarga Ultraman iaitu Ultraman Zero, anak kepada Ultraseven!
Biarpun sudah 44 tahun  produk Ultraman berada dipasaran, namun setiap tahun sambutan terhadap siri sains fiksyen ini tidak pernah pudar.
Sebenarnya, fenomena Ultraman ini hanyalah mainan imaginasi Eiji Tsuburaya, pencipta watak super hero penyelamat bumi ini.
Ultraman berjaya mengkhayalkan kita supaya bersama-sama menghapuskan makhluk raksasa jahat yang tidak pernah wujud kononnya sedang mengancam bumi!.

Saturday, June 4, 2011

Penggabungan bank langkah positif perkukuh imej kewangan Malaysia







Tidak timbul soal siapa menang dalam perang sengit dalam bidaanke atas RHB capital Bhd yang membabitkan dua kumpulan perbankan terbesar Negara, Malayan Banking Bhd (maybank) dan CIMB Group Holding Bhd (CIMB Group). Hakikatnya, kedua-dua syarikat ini memiliki kekuatan tersendiri untuk muncul sebagai calon pilihan kerana kedua-duanya dilihat berada dalam kedudukan seimbang dalam persaingan ini, berdasarkan dalam aspek kelebihan kualiti dan kepakaran kumpulan pengurusan. Malah, kedua-duanya sudah terbukti mampu mewujudkan rantaian nilai kepada pemegang saham dan pelanggan masing-masing, sama ada di pasaran domestic mahupun antarabangsa. Paling menarik, mana-mana pihak yang menang dalam bidaan itu, sudah tentunya akan mengharumkan nama Malaysia di persada kewangan antarabangsa.
Kelmarin, bank Negara Malaysia (BNM) memberi kelulusan kepada Maybank dan CIMB bagi memulakan rundingan berasingan dengan RHB Capital dan pemegang saham utamanya untuk cadangan penggabungan berkenaan. Persaingan ini menarik minat industry perbankan karana bagi Maybank ialah untuk mempertahankan kedudukanya sebagai kumpulan perbankan terbesar tempatan, manakala bagi CIMB Group ialah peluang baginya untuk mengambil alih kedudukan Maybank sebagai peneraju ketika ini.
Kita percaya penggabungan ini adalah langkah yang amat positif dalam meningkatkan lagi imej  Negara dalam sector kewangan global. Melalui cara ini, Malaysia sudah tentu tidak lagi ketinggalan di belakang Negara jiran yang lain dalam persaingan untuk menjadi peneraju sektor kewangan antarabangsa, khususnya dalam pasaran serantau. Jika segala-galanya berjalan lancer, penggabungan ini bermakna Malaysia memiliki kumpulan perbankan terbesar di Asia Tenggara, malah pelabur antarabangsa juga sudah tentu akan tertarik dengan kelebihan yang dimiliki Negara, kedua-dua pihak yang melakukan bidaan harus menimbang dari aspek sinergi, iaitu adakah usaha secara berkumpulan dapat memberi hasil yang lebih baik berbanding beroperasi secara bersendirian.
Di sinilah letaknya kebijaksanaan Maybank dan CIMB Group dalam memaksimumkan sinergi dan kebolehan masing-masing untuk meningkatkan lagi nilai intitusi perbankan berkanaan dan berupaya bersaing dengan lebih berkesan diarena antarabangsa. Kita yakin perkembangan terbaru ini akan membuka tirai kepada lebih banyak aktiviti penggabungan membabitkan sektor kewangan tempatan dan serantau pada masa akan datang, terutama di Indonesia .
Dalam tempoh yang ditetapkan selama tiga bulan untuk diselesaikan cadangan penggabungan RHB Capital dengan Maybank atau CIMB Group, kita percaya pemegang saham terbabit akan mengira pelbagai risiko, termasuk kesan krisis kewangan global kepada syarikat perbankan tempatan seperti yang dialami pada 2008.

you can try ::

For you :: Clik hire