Try Click Hire

Wednesday, March 16, 2011

KERANJI


     "Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam peruhu,
      Suruh makan dia makan, 
Suruh mengaji dia tak mahu."  


     Saya rasa semua kita tahu pantun ini, dari kecil lagi kita di ajar dengan rangkap pantun ini, tapi jangan terperanjat, ramai diantara kita yang tidak tahu rupa bentuk buah keranji. Satu ketika saya juga ketawa bila ada seorang kawan saya yang bertanya, "buah apa ini?" Saya cuba tanya beberapa orang kawan yang ada sekali pada waktu itu, tapi semuanya menggelingkan kepala, ini yang betul buatkan aku menggeling kepala.

     Inilah buah keranji yang selalu kita sebut-sebutkan, rasanya lemak manis, masam, isinya nipis, berwarna oren kemerah-merahan, didalamnya ada satu biji yang sangat keras, ianya banyak terdapat dipasar-pasar disebelah pantai timur (kelantan).

     Ini adalah sejenis buah hutan yang pokoknya tumbuh meliar di lereng-lereng bukit dan buahnya tidak bermusim. Buah keranji mempunyai dau jenis, jenis yang kedua adalah besar sedikit dan agak berbulu sedikit dan kurang masam berbanding yang kecil ini.

     Kepada siapa yang ingin mencuba rasa buah keranji ini silalah datang ke negeri kelantan. Dan di kelantan  juga banyak lagi terdapat segala makanan dan buahan yang anda belum pernah lihat dan rasa sebelum ini.

      Selamat mencuba !!!
Posted by Picasa

Monday, March 14, 2011

Masjid Kampung Laut

Masjid Kampung Laut


Dalam percutian 2 tahun lepas, aku balik kampong, kebetulan ada satu ceramah agama diadakan di Nilam Puri, atas jemputan rakan aku mengikutinya.

Apa yang hendak diceritakan disini bukan pasal ceramah, atau tempat ceramah tersebut, tetapi satu masjid yang terletak di Nilam Puri. (Masjid Kampung Laut)

Dari sumber orang lama, katanya masjid tersebut dibina tanpa menggunakan sepucut paku pun, (hanya menggunakan pasung dan pasak), bayangkan bertapa unitnya kerja tangan atau senibina orang lama, dan masjid tersebut masih digunakan sampai ke hari ini.

Masjid Kampung Laut adalah merupakan masjid tertua yang masih wujud di kelantan dan di antara yang tertua di Nusantara. (Berusia 300 tahun)
 
Masjid ini dikatakan dibina oleh pengembang Islam yang berulang-alik antara Champa dan Jawa dengan bantuan penduduk tempatan.
Kedatangan Islam dikepulauan Nusantara abad ke 17 masihi.
[Masjid paling bersejarah di asia tenggara, seangkatan dengan  masjid Nat Tanjung dan Wadi Hussin di Thailand, masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja)].

Tempat asal masjid ini terletak di kampung laut Tumpat, di pinggir sungai kelantan. Ia dipindahkan ke Nilam Puri pada tahun 1968, kerana sebahagian besar tapak tanah telah runtuh kedalam sungai akibat banjir pada tahun 1967.
 
Struktur dan reka bentuk masjid ini ada cirri-ciri persamaan dengan masjid Demak di Jawa yang dibina pada tahun 1401. Ada kemingkinan kedua-dua masjid ini dibina dalam jangka masa yang lebih kurang sama, yang kini berusia ratusan tahun.

[Tarikh tepat pembinaan masjid ini tidak didapati dengan jelas]
Sekarang masjid tersebut di lengkapi dengan segala kemudahan asas, [kekalkanlah masjid yang bersejarah ini…

[Beramai-ramailah kita hidupkan rumah Allah yang ada disekeliling anda...]  
                         


::Sesetengah gambar masjid diambil dari google image::

Wednesday, March 9, 2011

AKIKAH & KORBAN


AKIKAH…AKIKAH…AKIKAH

 BEBERAPA minggu lepas aku ada berbual pasal akikah dengan sahabat aku, …kau, aku, kau, aku, kau aku… begitulah seturusnya sehinggakan berakhir dengan satu keputusan yang tiada muktamad. Mungkin kerana datang dari negeri yang berbeza, atau di didik oleh guru yang berbeza? Mana ada ajaran berbeza walaupun guru yang berbeza, aku plak yang silap, kan datang dari satu kitab yang sama. Entah lah, aku pun jadi confiuse pulak, apa yang penting aku mesti cari maklumat mengenainya. Setelah banyak buku-buku yang aku selongkar, aku terambil satu majalah Al-Islam, aku buka satu persatu, kebetulan la pula ada keterangan pasal bab akikah, aku cuba baca untuk dapatkan kepastian pasal akikah. Setelah habis aku baca, aku rasa tak perlu aku mengulasnya lagi, aku cuba untuk mengambil semua segala isi kandungan yang ada didalamnya

BINATANG YANG DISEMBELIH
            Penyembelihan akikah memadai seekor kambing sama ada untuk anak lelaki atau perempuan. Ini berdasarkan hadis daripada Ali r.a., katanya yang bermaksud: “Rasulullah s.a.w. mengakikahkan al-Hasan dengan seekor kambing.” Riwayat al-Tarmizi (1519)
            Bagaimanapun, yang afdal ialah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perumpuan. Hal ini berdasarkan hadis daripada Aisyah r.a., katanya, “Rasulullah s.a.w. menyuruh mereka menyembelih dua ekor kambing yang sepadan bagi akikah anak lelaki dan seekor bagi anak perempuan.” Riwayat Abu Daud (2863) dan al-Tarmizi (1513)

KAMBING, LEMBU, UNTA ATAU RUSA?
            Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-32 berkenaan dengan hokum zakat korban dan akikah keatas ternakan rusa tidak diwajibkan zakat dan tidak boleh dijadikan binatang korban serta akikah.

            Iman al-Nawawi berkata, hendaklah berniat ketika sembelihannya sebagai akikah. Jika dia berniat menjadikan akikah sebelumnya, maka keperluan kepada niat adalah mesti. Walaupun begitu, mengikut pendapat yang asah, ia berhajat kepada niat.
            Iman al-Nawawi berkata, sebahagian ashab al-Syafie berpendapat, kambing lebih afdal di akikahkan berbanding unta dan lembu, sedangkan yang sahihnya berlawanan dangan yang dinyatakan.
            Iman al-Nawawi berkata: Akikah dengan kambing menjadi wajib jika diniatkannya untuk berakikah.

AKIKAH MENGIKUT BILANGAN ANAK
            Tidak memadai untuk mendapatkan sunat akikah dengan menyembelih seekor kambing bagi dua orang anak atau lebih. Oleh itu, bilangan akikah adalah sunat mengikut bilangan anak, iaitu seekor kambing bagi seorang anak dan dua bagi dua orang, tiga bagi tiga orang dan begitulah seterusnya. Manakala bagi anak kembar dua, sunat dengan dua akikah.
            Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas r.a., katanya yang bermaksud: “Rasulullah mengakikahkan al-Hasan dan al-Husin seekor kibas setiap seorang.” Riwayat Abu Daud (2841)
            Abdullah Nasih Ulwan berkata, besar kemungkinan hikmah serta logic disebalik perbezaan itu untuk menunjukkan kebihan lelaki berbanding perempuan. Lelaki telah diberikan oleh Allah kekuatan jasmani, dibebankan dengan tugas kepinpinan dan tanggung jawab, dan dikurniakan ketenangan serta kemampuan mengawal perasaan. Benarlah Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “kaum lelaki adalah pemimpindan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telahmembelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. (Surah al-Nisa’: 34)

SYARAT-SYARAT AKIKAH
            Syarat-syarat penyembelihan akikah yang diterima adalah sama dengan syarat-syarat korban dari jenis binatang, umur dan tiada kecacatan yang mengurangkan dagingnya. Ini kerana akikah merupakan sembelihan sunat yang sama dengan korban.
            Ini berdasarkan hadis daripada al-Barra’ bin ‘Azib, daripada Nabi s.a.w. sabdanya yang bermaksud, “Empat kecacatan binatang yang tidak harus dijadikan korban ialah nyata butanya, sakitnya, tempangnya dan tulangnya pecah hingga tiada sumsum.” Riwayat Abu Daud (2802) dan al-Tarmizi (1497) dan beliau mensahihkannya.

            
Empat kecacatan ini diqiaskan dengan perkara lain, yang menyebabkan binatang itu kurus dan kurang dagingnya.

TEMPAT DAN NIAT AKIKAH
            Ibnu Hajar al-Haitami berkata: Akikah sunat juga pada bayi yang keguguran sebagaimana terdapat  dalam dua syarah iaitu, al-Irsyad dan al-Ubab yang mengikut pendapat al-Zarkasyi. Adapun yang belum diberi roh, maka dia sama seperti benda jamada’ yang  tidak akan dibangkit kan pada hari akhirat. Justeru, tidak sunat dilakukan akikah padanya.
            Tempat akikah adalah ditempat bayi dilahirkan. Ini pendapat al-Bulqini seperti dalam al-Fatawa al-kubra al-Fiqhiyyah (4/240).
            Orang kafir boleh akikah untuk anaknya yang Islam seperti fitrahnya. Inilah yang dinyatakan oleh Ibnu Hajar dalam al- Fatwa al-Kubra al-Fiqhiyyah (4/421).
            Disyaratkan niat ketika sembelih bahawa itu akikah sebagaimana niat ketika korban. [Lihat al-Mu’tamad]
            Memadai satu pertujuh bahagian unta atua lembu sebagai ganti kepada kambing, dan jika disembelih unta atau lembu atau tujuh anak atau bersekutu dengan kumpulan yang lain yang semua mereka ingin akikah atau sebahagian mereka ingin akikah dan  yang lain hanya mahu dagin, hukumnya tetap sah. [Lihat al-Mu’tamad (2/494)].


PERBEZAAN AKIKAH DENGAN KORBAN
            Walaupun syarat sah akikah dan korban adalah sama, tetapi terdapat perbezaanseperti berikut:

1. DAGING akikah sunat disedekahkan sesudah dimasak, sebagaimana dalam majlis-majlis kenduri yang lain. Ia tidak disedekahkan secara mentah, sebagaimana daging korban. Daging akikah juga sunat dimasakdengan masakan yang manis supaya akhlak anak diakikahkan itu mulia. Afdal pula masakan itu disedekahkan kepada orang miskin dan dihantar ke rumah mereka. Masakkan itu juga sunat dimakan dan dihadiahkan sebahagiannya oleh orang yang berakikah.

2 SEBERAPA yang boleh, tulang binatang akikahsunat dikerat-kerat. Ia dipotong pada sendi-sendi sahaja. Ini berdasarkan ini berdasarkan hadis  dimana Nabi s.a.w. memerintahkan pembahagian daging yang diakikahkan untuk Hasan dan Husin katanya bermaksud, “Krimkanlah kepada bidan kakinya, makan dan beri makanlahkepada orang ramai. Jangan kamu memecahkan tulangya.”
            Ibnu Juraih meriwayatkan daripada ‘Ata Rahimahullah, akikah hendaklah dipotong mengikut anggota sendinya dan tidak boleh dipecahkan serta dipatahkan tulangnya. Begitu juga riwayat Ibnu Munzir daripada Aisyah r.a. Mudah-mudahan, anggota anak yang diakikahkan itu selamat. Hikmah larangan mematahkan tulang ialah:

            Menjukkan kemiliaan makanan atua pengorbanan ini terhadap jiwa fakir-fakir serta jiran-jiran dengan menghidangkan ketulan-ketulan yang lengkap serta besar yang tidak dipatahkan suatu tulang pun daripada tulang-tulangnya. Dan juga tidak meluakkan sedikit dari anggota-anggotanya. Tindakkan ini tidak syak lagi memberi kesan yang baik dan mendalam. Ia merupakan suatu tanda yang amat jelas tentang kemurahan hati dan sifat pemberi dalam jiwa penerimanya.
            Perbuatan tidak mematahkan tulang sebagai tanda optimis bagi keselatan anggota-anggota anak yang baru dilahirkan, kesihatan serta kekuatannya, memandangkan akikah sebagai korbanbagi anak yang baru dilahirkan.

3 KAKI binatang akikah sunat dihadiahkan kepada bidan tanpa dimasak. Hal ini mengikut perbuatan Fatimah r.a. atas suruhan Rasulullah s.a.w. Inilah Riwayat al- Hakim.

MEMECAHKAN TULANG DAN MENYATUKAN UMMAH

            Mazhab Maliki mengharuskan memecahkan tulang-tulang binatang akikah dan tidak disunatkan.
            Iman Ahmad dalam satu Riwayat mengharuskan menjual kulit binatang akikah dan juga kepala.
            Akikah merupakan satu ibadat simbolik dalam menzahirkan kegembiraan, menguar-uarkan berita gembira tentang kedatangan bayi sebagai orang baru dalam keluarga dan masyarakat. Di samping itu, ibadah akikah boleh memberi peluang pada orang ramai terutamanya fakir miskin untuk sama-sama bergembira dan dapat mengecap daging serta makanan yang enak.
            Ramai dikalangan fuqaha membenarkan sesiapa  yang ingn membuat jamuan dengan akikah dan menjemput sesiapa yang disukai, memandangkan kesan baik perbuatan seperti ini dalam masyarakat Islam. Antaranya bersedekah, memberi hadih, ditambah pula dengan menghadiahkan sebahagian daripada akikah itu kepada bidan. Hal ini dititikberatkan oleh Islam dari hal kesatun ummah supaya ia sentiasa menjadi seperti bangunan yang tersusun, setiap bahagian menguatkan yang lain. 

 [Petikkan: al-Islam feb 2011]

you can try ::

For you :: Clik hire