Try Click Hire

Monday, February 28, 2011

MARAH MENURUT AL-QURAN


    MARAH MENURUT AL-QURAN
     PERTAMA sekali aku ingin  memberi tahu yang ulasan  di bawah ini adalah 100% petikan daripada Al-Islam  februari 2011,

      MENURUT al-Quran, marah digambarkan sebagai satu kekuatan jahat yang memaksa individu untuk melakukan hal-hal yang tidak masak akal. Hal ini dapat dilihat ketika Nabi Musa a.s. sedang marah, baginda mencampakkan kitab-kitab dan menarik kepala saudaranya. Namun selepas kemarahannya reda Nabi Musa mengutip semula kitab tersebut. Disini dapat dilihat dengan jelas akan perbezaan antara kedua-dua perbezaan situasi tersebut.
      Seorang saintis kanan di Kuwait Institute for Scientific Research, Dr. Mirza Umair Beg, menceritakan bahawa anak lelakinya yang berusia enam tahun kerap marah walaupun dalam hal-hal yang kecil. Apabila anak lelakinya marah, isteri beliau akan menenangkan sambil memberitahu "Sekarang kamu dikawal oleh Syaitan, mari ibu halau Syaitan tersebut." Kemudin ibunya membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran dan menghembuskan ke muka anak lelakinya. Selepas itu, barulah anak lelakinya sedar dan kemarahannya mereda setelah ibunya membaca ayat-ayat tersebut dan menghembuskan ke mukanya.
     Dalam satu lagi kejadian di zaman Rasulullah s.a.w., Mu'adh ibnu Jabal r.a. berkata: "Dua orang berselisihan pendapat dan salah seorang daripada mereka menjadi sangat agrasif sehingga aku menyangka hidungnya akan patah akibat akibat dari perkelahian itu. Nabi Berkata, "Aku mengetahui satu ayat yang apabila dibaca akan mengusir kemarahan pergi."Sahabat bertanya, apakah ia wahai Rasulullah? Lalu Baginda menyebut: "Audhzu billahi mina syaitan nirrajim" yang membawa maksud - "Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang di rejam"".
     Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempuyai pendapat menarik mengenai perasaan marah ini. beliau pernah berkata "buat apa kita nak marah-marah, nanti tekanan darah naik, kan tak bagus tu," ujar beliau.
      Firman Allah s.w.t. "Orang-orang yang bertakwa ialah orang  yang berinfak (bersedekah) baik diwaktu lapang mahupun  sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Al-Imran : 134)
     Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepada kita bahawa kekuatan itu dapat dilihat pada ketenangan diri, dan bukanya kemarahan yang tidak terkawal.
      Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawasanya ada seseorang  telah berkata kepada Nabi s.a.w.: berwaspadalah kepadaku! Jawab Baginda: Jangan Marah! Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka Baginda masih tetap berkata: Jangan Marah!
      Hadis ini  menganjurkan kita supaya jangan selalu marah kerana marah itu tergolong dalam sifat yang tercela yang di benci oleh Allah dan Rasul-nya. Dalam mentakrifkan sifat marah, Iman Ghazali berkata: Marah itu sebenarnya ialah secebis api yang bersumber dari api Allah yang menyala-nyala, yang panas naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Daripadanya pula terpancar sifat bongkak yang terpendam didalam hati setiap orang yang sombong, seperti terpancarnya api dari batu yang bergeser dengan besi."
      Hakikat marah menurut islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya, marah yang selain daripada itu adalah marah yang datang dari sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh Itu umat Islam hendaklah menjauhinya.
      Kedua-dua ayat Al-Quran ini menyuruh kita semua untuk menahan marah serta menjauhinya. Namun begitu, sekiranya kita telah terlanjur melepaskan kemarahan kita pada orang lain, kita hendaklah bersedia untuk memohon maaf. Selain itu, kita juga dituntut untuk memaafkan kesalahan orang lian. Hal ini adalah supaya perasaan marah, benci dan dendam itu tidak bersarang didalam hati kedua-dua belah pihak. Bukankah ini boleh membawa kepada pengukuhan ikatan silaturahim yang terjalin?

you can try ::

For you :: Clik hire